LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 12, 2010

Hari Ini Abah Pergi Buat Selamanya

Setiap kali menjelang 2 Ramadhan pasti teringat arwah abah. Abah pergi buat selama-lamanya saat menjelang malam 2 Ramadhan selepas berbuka. Abah pergi tanpa pesan. Abah pergi tanpa sebab. Abah pergi macam tu je. Abah pergi tanpa sempat kami semua mengadap. Abah pergi tanpa sempat kami menatap wajah abah buat kali yang terakhir. Abah pergi tanpa sempat kami menjaga abah di saat-saat akhir. Abah pergi tanpa menyusahkan sesiapa di dunia ini.




Abah cuma terjatuh bilik air. Tanpa ada orang sedar abah terjatuh. Takdir Tuhan abah pergi begitu cepat sekali. Mak hanya terdengar bunyi abah menyebut ALLAH!!! Tapi mak tak tahu apa-apa yang berlaku kat bilik air. Terlalu cepat masa berlalu. Mak hanya sedar selepas 15 minit. Mak rasa terpanggil nak tengok abah bila keadaan mulai sunyi sepi. Rupanya abah dah pergi waktu tu. Tiada siapa yang sempat mengahadap abah buat kali terakhir termasuk mak.



Tahun ni masuk tahun ke 6 Ramadhan abah pergi meninggalkan kami semua. Kalau lah dapat diputarkan waktu. Rasa mahu sahaja selamatkan abah ketika abah jatuh. Tapi, waktu tu kami adik beradik semua tiada. Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Saya yang ketika itu sedang mengadap final exam di KUSTEM.




Mujur ada kawan-kawan yang mengambil berat mambantu menguruskan perjalanan saya balik dari Terengganu ke Johor pada malam itu juga. Apa lah daya menjawab periksa, tapi dalam jiwa menghentak-hentak teringat arwah abah.



Abah tahu tak.... Ramadhan kami waktu itu suram dan sepi. Tiada baju baru, tiada langsir baru. Mak sepi sangat. Sangat syahdu menjelang malam raya masa tu. Masing-masing buat tak tahu. Masing-masing tidak mahu menegur antara satu sama lain. Kami bukan bergaduh abah. Tapi kami takut menangis. Kami takut mak nampak kami menangis. Kami tak nak mak bersedih malam-malam raya macam ni.



Abah, orang tahu sekarang ni abah dah balik rumah. Mak ada bah. Mak ada tunggu abah kat rumah dengan Adam. Mak nak sangat balik sambut puasa kat rumah. Mak cakap abah balik masa ni. Tapi esok orang dah nak amik mak dah balik Melaka. Nanti abah ikut sekali ye. Orang tahu abah dengar.
Betullah kata orang, masa pasti mengubat segalanya. Tahun-tahun pertama abah pergi, segalanya bagai tak kena. Setiap patah perkataan yang berkait dengan abah, pasti mengundang air mata. Lama-lama segalanya bagai pulih dengan sendiri. Cuma sesekali ada tercuit perasaan suka dan duka detik-detik bersama abah.



Belum puas rasanya bermanja dengan abah. Tuhan hanya pinjamkan abah pada orang hanya untuk 20 tahun saja. Abah tahu tak orang sangat-sangat terkilan abah tak tengok orang konvo. Mak nangis masa orang amik ijazah dulu. Mak sedih sebab abah tak de duduk sebelah dia. Orang lagi sedih bila abah tak dapat jadi wali masa orang nikah. Sekarang ni kalau abah ada, mesti Adam manja dengan abah. Mesti apa Adam nak, abah belikan. Mesti segala-galanya Adam. Mesti abah kalah dengan Adam. Mesti Adam menang dengan Atuknya. Macam abah buat kat cucu-cucu lain. Abah kalah dengan semua cucu abah.



Abah...Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan orang dunia dan akhirat ye bah. Doakan rumah tangga orang bahagia hingga ke akhirnya. Doakan kerjaya orang berjaya. Doakan orang cepat-cepat dapat duduk sebumbung dengan anak dan suami.



Alhamdulilah abah antara orang yang terpilih. Abah pergi menghadap Tuhan di bulan yang penuh denga kemuliaan ini. Ramadhan Al Mubarak



Al-Fatiha buat abah yang tercinta. Orang sayang sangat kat abah dunia dan akhirat

9 comments:

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

sedihnya.. nk nangis bace :'(

Sue@Iza said...

erh, nangis dah. trus ingat ayah kat kampung. moga roh abah awak di cucuri rahmat.

Unknown said...

nadia : akak satu hari sedih je dari pagi. pagi2 dah emosi


sue : thanks 4 ur reading. amin

Lekir said...

Allah tidak akan lewatkan atau cepatkan walau sesaat apabila 'janjinya' itu telah tiba..
Tiada sesiapa yang mampu selamatkan..
Hanya Anak yang Soleh dan Solehah mampu membantunya di 'sana'. Saya dah 14 tahun alami.. ketika masih bersekolah..

Mudah-mudahan roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Unknown said...

lekir : yup. janji Allah tetap janji. amin

Ztee_Azwanis said...

ya allah sedihnya... ;(

Unknown said...

ztee : dont sedih2 la. hehehhe

i.S.m.A~n.A.d.i.A said...

sabar ye kak.. smoga arwah cik yatim aman di sana tgok ank2 dia smua bhagia n bjaya sume... rase cm baru je..dh 6 thun rupenye

Unknown said...

nadia : ye dah 6 tahun pun. kejap je kan